Pages

30 January 2010

~What colour is your life~

Me : Pink color of koz.
Hehe. So feremfuan kan pink. Hehe.

Okeh. Ini mmg tidak memasal.
Tidak termasuk dalam tajuk [agenda] utama bulan ini pun.

Ada karnival jualan hp gila2 kat Dataran Jelatek.
Dari 28-31 Jan.
Permulaan hanya mao menengok2 apa yg 'gila2' tu kan.
[mmg banner tu tulis camtu yer. dia tulis 'jualan hp gila-gila murah' camtu la lebey kuang]
So, mao tgk la apa yg murah kan.

Tp bila pegi mmg gila2 la kan.
Blackberry dijual secara pukal, bawah 500 melambak2.
Siap ada yg buy 1 free 1.
Rata hp adalah di bawah RM500. Ko pndai deal lagi dpt murah.
Tp Nokia adalah kurang. Yg byk mmg belekberi itu.

Pusing2 shj. Ter tengok blackberry limited edition.
Color putih you...ai terpikat. Sblm deal da dpt rega RM480. Blum tnya bbetul tu.
Tkpe..kita jalan2 dulu.

Tup2 tersinggah plak satu kedai ni.
Explore nyer explore.
Wah..bes nih tipon nih.
Touch screen [ekceli bkn la touch screen, dia more to censor screen sbb ko nak tenyeh2 dgn pen ke apa ke tak boleh.hanya jari. sekiranya jari ko terkena mercun ke mmg tak boleh la ko nak pakai tipon ini].

Lepas tu plak kan, dia ada smart unlock. Kira kita buat satu uruf, konon mcm uruf B la kan. So, bila nak unlock ko tulis je uruf B tu atas skrin tu, maka hp tu trus unlock. Gitu gak kalo kita set kan M as msg, tulis uruf M, jd dia unlock n trus boleh trus msg. Canggih tak??? Hehe.

Lagi satu kalo nak tukar2 mood kat screen pun senang. dia ada 3 slide. jd kalo tak sker slide 1, tolak je dpt slide lain. [iskk..ini nak citer pun payah ni..pepaham sudah]

Hp ini mmg takde uruf yer. Mmg 100% la ko kena guna jari. Hanya jari. Mmg agak jenuh la pada permulaan.

Jadi hati sudah berminat. Yg tinggal kat kedai tu hanya color pink n oren.
Dtg sorang pompuan ni, dia mcm nak kaler pink. Tetiba aku jadi mcm 'aku nak lah sebelum dia beli'. Jadi aku trus kata "ok lah..ai amik la ni, pink"

Ha..tak memasal kan. Lepas tu masa nak tulis resit, dtg lagi pompuan lain. Marah2 kat cina tu sbb dia kata dia da book, tp aku da beli. Haha. Naseb okeh. Booking pakai air liur je tak dapek lah, Kena la letak seratus 2 kan. So, aku beli. Mulanya cina tu kata pakai kad kredit tk kena caj. Then ttiba kena plak. Haiya. Tkpe..sanggup aku pi cross balik jejantas. Seb bek kat stesen lrt setiawangsa tu ada kawanku itu. Hehe. Tp sblm tu sudah letak la seratus kat cina tu. Kang dia jual plak kat pompuan yg bising2 td.

Amik duit je aku dpt la tipon yg tak memasal ini. Mmg tak memasal. Aku rasa kalo pompuan tu takde, mcm mustahil je aku nak beli. Hehe.

Jadi. Aku skang pemilik corby pink ini. Tp hp ini takde 3G. tkpe..aku tak kesah pun. Incik Sani retu ada 3G pun aku tak penah guna, so abaikan.

Lantak!. Cina tu kata ori. Aku rasa tak ori. Lantak. Retu incik Sani pun ori tp tahan 2 thn je. Siap beli kat KLCC kedai betul dia. Tp hadooo jugakkk. Baik beli mcm ni. Tahan 2 thn pun da cukup bagus.

Owh. Aku mmg nak beli hp baru pun ekceli. Sbb incik Sani buat hal. Lepas aku ganti yg riben dia rosak retu, dia buat hal tak leh dgr org yg call ckp plak. Jenuh kena hello, hello. Yg org call dgr aku ckp. Mengong! mcm komunikasi 1 hala plak. Mcm aku tipon my dear, dia jwb call, tp aku tk dgr suara dia, tp aku tau dia dgr suara aku. Trus la aku ckp 'tipon jap ext saya' Ha..gitu.

Dah. Harap cik Kobi [my dear kata mcm nama anjing..wahahahha] ni buleh bertahan la dgn aku. Aku lagi takut sebenarnya pakai touch2 ni sbb lagi la rasa mcm 'rapuh' sgt tipon ni. Emm..berdoa je lah yer.

Sapa2 nak tau pasal cik Kobi leh la masuk sini- SAMSUNG CORBY

PnStoberi : Ya Allah, pjgkan la "usia" cik Kobi ni bersama ku. Aminnn

29 January 2010

~PnStoberi ke Satelitte Building~


KLIA sanun.
2 ari da berkampung kat situ. [berkampung sgt tu idak la kan..cuma half day la duk sana].
Pepagi subuh aku da kat opis.Time biasanya aku masih terpisat2, bertolak2 ngan my dear sapa nak mandi dulu, aku da berada dlm perut bas. Syabas pnstoberi. Syabas!.

Okeh. Tk byk bla bla bla dlm entry ini.
Layan gmbr je.

Of koz la aku 1st time ke bangunan satelit nih. Maafkan lah sekiranya kelihatan agak ke-jakun-an di gmbar2 yg dipaparkan. Org lain mmg la da biasa kan gi area international nih, aku baru nak merasa, itu pun bukan la sbb nak boarding pi Perth ke mana ke kan..just jadi pen-sambut tetamu. Ada majlis perasmian butik baru Karyaneka [anak syarikat Kraftangan]. Menteri yang rasmi. So, ramai2 la kat situ.
Khamis rehearsel. Jumaat betul2 punya.


Ni masa rehearsel. Masih di ruang legar tpt departure. Oleh kerana majlis ni kat bangunan satelit which public yg tak boarding tk buleh masuk, kena la tinggalkan IC. Masa ni nak amik visitor pass n security wristband [kena pakai wristband cam nak mandi kat Sunway Lagoon plak rasa]


Sambil2 nak tgk check point kena duty. Amik la gmbr dulu.

Ni dah kat satelitte building tu lah. Belakang tu eurotrain [mcm la org tatau yek..hehe]


Gmbr ngan kengkawan. Dlm eurotrain pun menjakun amik gmbr. Ngeeehhh...


Ni di hari kejadian lah. Lepas jadi 'patung cendana' berdiri sambut tetamu, kita bergambar la pulak. Hoho.

Dan bila dah abis function tu kitaorg amik kesempatan la jalan2 kat duty free shop ada kat situ. Tp ada menda lawak tau. Masa briefing kan..ada sorang ofiser tu kata tak buleh beli menda2 kat dlm satelit building tu, kalo nak beli kena ada boarding pass. Aku dgr mcm "eish..mcm nonsense je. Org da ada duit kan..pesal lak nak boarding pass bagai" Jadinya masa rehearsel tu aku tnya la trus kat salesgirl kedai2 tu. Dia kata boleh je, kecuali liquor n rokok la tk boleh. Hapa-hapa tah. org yg ckp tu kan. Takkan nak beli cekelat pun tak boleh. Takde masalah pun. Then yg best bila kita pakai pass tu dpt la less 10%. Pastu da bayar, baru cina kedai tu gitau kalo pakai pass staff keja situ dpt lagi byk diskaun. Tatau la brapa % lak. Aku rasa mebi 20%.

Ok. Sapa tgk status aku kat facebook aku da kata nak sambar parfum kan. Mmg plan nak beli masa V-Day bulan 2 nati kan. Sbb leh dpt byk gift. Tp da sementelah dlm tu, aku tgk2 lah kedai2 kat situ. Sgt, sgt, sgt la mengujakan. Jadi........


Hehe. I got Nina!. Hehe. Dpt la murah gak after 10% diskaun tu. Lama dh aku nak beli dak Nina nih. Aku mmg sker bau2 buah. Dulu pakai DKNY bau epal tu..itu sporty sket la dari dak Nina nih. Nina ni feminine sket, tp takpe. I loike..aku kureng sket bau bunga2 feminine nih. Tp sebenarnya perfume hantaran aku pun ada lagi. Elizabeth Arden [EA] yg amenda tah. Seabreeze ke apa ke tah. Kak Lin pun beli gak. Pretty yg EA punya tu. Wangi jugak.

Balik da petang. Tp aku ada pi satu tpt lps balik dari opis. Tempat itu adalah meramai org. Dan sekali lagi aku terjebak.. Abis oih duit kutu aku. Aku nak simpan ASB cadangnya tp tk kesampaian.. akan ku ceritakan citer pasal ini sedikit masa lagik. Sedey..tskkk



PnStoberi : Seronok tp lenguh giler kaki ku ini.

28 January 2010

~TaG : 30 soalan~

Bosan. Taktau nak citer apa dah kat blog.
[ada je ekceli nak citer..tp blum ada mood, lgpun rmai lak kengkawan blog yg lain cam sunyi je]
Jadi saja la google perkataan ini "TAG" dan google di blog [maklum lah, tk ramai kawan blogger, tkde la org nak tag ke apa ke kan. Tp skang ni pun bukan musim tag ek]
Makanya kuar la beberapa tag. Ada satu ni cam bes.

Jum buat nak.

1) Orang yang baik adalah
-Adalah org yang sempurna dari segi perangai, akhlak dan budi bahasa [yeah..i know takde org yg sempurna dlm dunia ni..tp takpe lah]

2) Sahabat selalunya
Yang sentiasa bersama dalam susah dan senang

3) Mencintai adalah
Bila kita ikhlas menyayangi seseorang

4)Putus cinta bila
kita rasa kita frust nonggeng [aku penah rasa weh]

5) Duit buat saya tiba-tiba jadi
nak beli semua menda yg saya idam-idamkan selama ini.

6) Saya rindu
Arwah ayahnda saya. Tskkk... Mak pun rindu jugak, Sabtu nati nak balik kg

7) Cara saya menunjukkan kasih sayang
Lain individu lain cara utk saya menunjukkan kasih sayang

8) Bila saya dikhianati
Saya mmg rasa 'sakittt' sangat.

9) Saya pilih bunga apabila
Saya ke Cameron Highland.

10) 3 org yg ingin saya katakan i love u setiap hari adalah
Of koz lah my husband, my mother [2 jer]

11) Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan
Menangis setiap petang lepas sekolah sbb kena duk hostel. Then mak ngan ayah laju2 datang sbb derang pun rindu saya.

12) Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan.
Err..tahun bila yer saya 21 tahun. Owh..tahun 2000, yg tk dpt dilupakan adalah waktu2 bersama shbt terbaekkk saya-Juwita

13) Saya menangis bila
Saya benar2 sedih [saya seorg yg sukar menangis]

14) cantik pada kacamata saya
Rujuk jawapan no. 1

15)Tak ada yang paling menggembirakan saya kecuali
Berada di samping insan2 tersayang

16) Jika saya boleh ubah sesuatu, ia adalah
Pekerjaan saya!

17)Jika saya sentiasa tersenyum, itu tandanya
Saya dapat apa yang saya hajati

18) 3 org penting dalam hidup saya
Rujuk jawapan no. 6 dan no. 10

19) Jika saya ada RM1 juta, saya berikan kepada (selain dari yang 3 di atas)
sedekah pada insan2 yang memerlukan, dan selebihnya pada mall2 di sekitar KL nih. Hua...

20)Jika saya ingin berjaya
Saya mesti berusaha!

21)Warna yang memberikan inspirasi
Kuning! [tetiba..padahal aku sker purple]

22) Duit bukan segala-galanya tetapi
Segala-galanya perlukan duit

23)Saat paling menyedihkan pernah saya lalui adalah
Ketika menerima berita kehilangan ayahanda. [Al-Fatihah..]

24) Saya gembira kerana
Rujuk no. 17

25) Dan saya bersedih kerana
Saya tak dapat apa yg saya hajati [vice versa to jawapan no. 17]

26) Jika saya tk dapat cinta si dia, maka saya
Redha jer..nak wat cemna

27) Perkara yang paling indah telah saya lakukan semalam adalah
Semalam?? Ada ke?? Owh! ada. ada. saya buat bubur jagung dan my dear tunjukkan tanda "good" pada suapan pertama lagik.

28) Jika saya boleh menulis sebuah buku, tajuknya adalah
"Kenapa kita gemuk lepas kahwin"

29) Sebelum saya pergi buat selama-lamanya, saya ingin
katakan pada suami "duit pencen tu jgn buat duit kawen lain plak" mueheheheheh :p

30)Selepas melakukan 30 soalan ini saya rasa
Gigih giler aku buat mendalah ni. Tak memasal je kan. So, aku nak kawan2 lain gigih jugak buat soalan2 ni. Kawan2 tersebut adalah :
A) Cik Cha [buat tau..lama da ko tak apdet blog]
B) Zatul [boleh buat di facebook]
C) Kak Lyn -Salina Sally Ted [juga boleh buat di facebook]
D) PuanPurple [kalo rajin lerr..kita tgk lama da awak tk apdet blog]
E) Che Sue [ buat wes...ko buat la sehari satu, sebulan dpt suma jawapan. ho ho]

26 January 2010

~PnStoberi ke Kuala Lipis~

Kejadian di ujung minggu lepas [23-24 Jan].
Short notice shj. Ptg Jumaat tu my dear kata ayah dia ajak balik kg. Owh! bak kata Che Sue dlm komennya dgn 1 word utk men describe aku. Katanya aku ni detail. So, org detail2 ni tak buleh kalo short2 notice nih. Mmg terpaksa rela je rasa. Bukan dekat2 okeh. Kuala Lipis sanun. Aku baru ingat nak rileks2 aje kat umah ujung minggu tu.

Tp takpe. Ikut kan je. Lagipun aku tk penah pegi sana pun [ingat lg dlu, masa sekolah la kan.. suma negeri kat Semenanjung ni aku dah pegi, cuma Pahang je tak berpeluang. Lps masuk keja baru aku dpt outstation ke sana. Skali ter kawen ngan org yg kg nyer kat Pahang. So, akurrr].
Pegi sana ada kenduri kawen sudara belah ayah my dear. Smpai sana dlm 12.45pm. Just nice la kan. Trus makan.
Lps tu melepak kat umah Mak Su my dear [umah pusaka family derang]. Keadaan mmg 100% kg lah. Umah pun 100% umah kg lah. Lama dah aku tak naik umah kayu ni kan. Pulak tu ada lembu2 meragut rumput di dpn umah.

Tp yg bes nyer kat kg ni ada jalan keretapi n stesen ketapi kecik. Wuii..ini kalo outdoor kawen ni cantek nih. Tp rasa pengantin yg sedara my dear tu tak buat kut outdoor p/shot. Jd, biarlah kami si pengantin 'lama' ni yg ber outdoor di sini. Ada jematan ketapi lagik. Tp jgn harap la aku nak bergambar atas tu. Giler gayat wes [owh! pemandangan ini juga ada di kg aku di Kuala Kgsr sanun]
Stesen ketapi mini ni nama dia Anak Bukit Betong. My dear kata dulu ada ketapi benti. Dia kata gak sblm jematan yg keta leh lalu tu dibina [ceh..bina tu..ayat buku], derang cross sungai ni guna jematan ketapi. Wah..gigih..siap pikul2 beg lalu kut situ. Oh! tidak..mujur aku takde pengalaman sebegitu rupa. Jalan ketapi ni menghubungkan laluan ke Gua Musang. Stesen ketapi besar dia adalah Kuala Lipis [pegi gak pekan K.Lipis ni tp tak amik gmbr la kat stesen tu]

Esoknya kami awal2 da bertolak balik [yeszaa...]aku sanggup je mandi sesejuk pepagi tu [air disimpan dlm kolah telaga..mmg sejuk giler. Ni dulu kat umah aku pun ada..tp skang dah nan ado]. Aku pun tgkp gmbr ala-ala budak mcm tak penah duk kg [okeh..aku mmg org kg, tp umah aku takde dah tingkap gaya gini].


Err..masa tido mlm tu kan, dlm kul 2 mcm tu aku dgr bunyi lembu mengeroh [ye ke mengeroh?] tah la..tp mcm seram gak la sbb aku tk penah dgr bunyi lembu mcm tu. tp dek kerana mengantuk giler..bebuat tatau dan tido je tnpa pikir2 lelebih]. Mungkin lembu tu nak carik kawan dia lagi 2 ekor yg da jadi korban kenduri kawen tu. HuHu.

On d way balik, ibu mertua ku mau ke pekan sehari di Benta. Oh. Sebelum tu kami bekpas di pekan Kuala Lipis. Tkde gmbr. Malu nak act as pelancong poyo kat pekan tu.

Ya! Pertama kali aku dgr nama Benta ni. Ada jual sayur2 kg [ada antaranya aku tk penah tgk..ye, kt pasar tani kat Kuala Kgsar tu tak penah pun aku tgk]. Mak mertua beli memacam lah. Aku beli jagung je.


Tu kelihatan mak mertua sedang membeli..emm..apa ke tah masa tu. Gmbr kat bwh dlm pinggan tu pun mmg aku tk penah tgk kat pasar tani tpt aku. Itu adalah rebung yg da campur belulang [ye ke belulang tah. kulit lembu kata mak mentua ku]. Buat masak apa yer. Tah..tk tnya plak. Yg gmbr sebelah tu aku tak penah jumpa jugak kat pasar tani sini. Apa ke mak mentua aku kata, kemahang, kembahang..tah..gitu la lebey kuang namanya. Dia mcm daun keladi la. Mak mentua aku beli 2.

Sesuatu yg menarik. Itu la org kata jauh perjalanan luas pemandangan dpt pengalaman kan?? Owh. gmbr pengantin ada. Tu dlm kamera. Blum aplod. Nati lah yer.

PnStoberi : malas tul!

25 January 2010

~PnStoberi dan fwd emel~

Annoying!
Buleh tak tolong jgn pass ke fwd emel gaya gini.
Annoying!
Dgn tajuk emel gaya gini :
Fw: .....Fw: Hati yg sudah hitam tak kan FWD email ini

Dan cam biasa, emel yg fwd ni kena scroll, scroll, scroll smpai ke bawah baru la dpt isi sebenar emel tu kan [sblm tu kita akan jumpa berpuluh, malah beratus emel address org2 lain dulu]

Dan di akhir emel terdapat pula ayat gini :

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.


Tah pehapa tah. Lantak la. Bukan emel ni je aku tak fwd, emel2 lain pun. So what?? Kedekut?? Apa ke hey plak tk fwd emel ni bermakna kita kedekut. Tah! Malas nak layan.

Tolong yer...tolong lah wahai rakan2 yg disayangi, jgn la memenuhkan inbox aku dgn emel2 yg suh aku fwd balik ni, kalo tk fwd, hitam hati la itu la ini la..
kalo nak antar, antar emel mcm org yg kena gigit kaki dgn halimah jongang binatang misteri tu ke, emel gosip2 artis ke apa ke, itu ok la sbb aku baca2 pehtu aku delete. Tkyah la nak terasa hati hitam ke apa ke kan. Iskkk... Rajin sungguh kome' mem forward2 emel ni kan..


[secara kebetulan rakan se blog aku menyiarkan entry ttg emel ni jugak..hehe. kebetulan la pulok]

PnStoberi : Hnya fwd emel bila ada permintaan

24 January 2010

~PnStoberi di Mana??~


Puan Stoberi di mana ujung minggu ini??
Yieha..di satu tpt yg pnstoberi tak penah pegi..dan tpt ini tak penah dgr pun.
Cuba teka di mana tptnya itu. [tkde adiah misteri sbb tpt ni kalo di google mesti tau kat mana].
So..kita jumpa lagi di lain rancangan. Rancangan apa?? Pnstoberi di mana..Pnstoberi di sini.. sempoiiii [woiih..apa ko merepek ni labu..ingat ranc. Raja Lawak ke4 yang tak bes tu ke]

PnStoberi : Tatau la apsal, tp skang ni malas sungguh nak pi berjalan2

18 January 2010

~Pnstoberi dan Balqis: Part 2~

Abis jugak sudahnya. Hehe.
Seb bek berkesempatan menonton.
TV3 awal2 da buat gimik konon Hasan itu matik. Aku da teka dia tak matilah. Tp bila smpai opis suma org kata dia mati. Aku pun malas nak lawan2..kang bebtul mati jenuh lak aku nak tepis esuknya kan. Skali tak mati daa...
[Che Sue, ko tk kasik citer ending dia kan..okeh aku tak citer..tp aku perlu nak jelaskan 1,2 perkara yg buleh buat org keliru].

Ok, dlm citer ni ada 2 menda yg buleh buat org terkeliru dgn perkara nikah kawen nih.

Satu mengenai status perkahwinan Balqis masa ditinggalkan dlm tempoh 6 thn tu.
Dan kedua mengenai hukum perkahwinan antara Ezany/Emran dgn Marissa yg rupa2nya adik beradik tiri dia [lain bapa lain ibu].

Ok, aku mmg bukan arif dlm bab2 nih. Bila ada yg menimbulkan dua2 menda ni dlm facebook, aku cpt2 google sementara aku nak dptkan pandangan dr yg bbtul arif.

Persoalan pertama ttg status Balqis tu.
Google. Jumpa ini dulu - dari web ini

Soalan
Bilakah seseorang suami itu boleh dianggap mati?
Jawapan
Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah

(dlm kes Balqis ni ssh sket la sbb ada penipuan kematian suami dia kat situ. So, kes complicated sket lah)

Soalan
Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?
Jawapan
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :

a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

(Jawapan a dan b tu utk kes Balqis lah. Kira dia buleh mohon fasakh kalo dia mahu. Masalahnya dia masih rasa suami dia tu idup)

Tp jatuhkah talaq ke atas Balqis?? Dari yg aku google dari jawapan yg diberikan di forum ini, talaq terjatuh bergantung pada akad taqliq yg dibuat [biasa mengikut negeri lah] dan Balqis plak nikah kat seberang. Tatau la cemna kan.

Soalan
Assalamualaikum,

Saya seorang isteri yang telah ditinggalkan oleh suami selama 4 tahun tanpa sebarang khabar berita. Saya telah merujuk kes saya di mahkamah, tetapi prosedur mahkamah telah menyebabkan kes saya tertangguh.

Benarkah ada pendapat yang mengatakan apabila saya telah ditinggalkan oleh suami tanpa sebarang nafkah maka saya telah tertalak? Dan adakah saya boleh berkahwin di negeri seberang?

Mohon ustaz dapat beri sedikit penjelasan kepada saya.

Jawapan
Assalamualaikum.
Pertamanya saya sangat bersimpati dengan nasib puan. Rasanya puan bukanlah orang / wanita pertama yang mengalami nasib malang sebegitu. Perbuatan suami puan yang hilang tanpa khabar berita -sekiranya dilakukan dengan sengaja- adalah dosa besar...(semoga Allah memberi petunjuk kepadanya agar melakukan tindakan yang wajar di sisi syarak). Adapun penangguhan kes tersebut, jika berlaku atas sebab kelalaian atau kelembapan pengurusan, mereka patut takut azab Allah di Hari Akhirat kelak.

Keduanya, status puan adakah sudah tertalak ataupun tidak di sisi syarak (bukan di sudut undang-undang keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia) bergantung kepada sebarang akad / perjanjian yang dibuat semasa akad nikah atau dalam tempoh hidup bersama suami. Contohnya jika ada akad ta'liq yang meletakkan butiran syarat seperti masalah puan, mungkin talak berlaku. Namun, sepanjang pengetahuan saya, tiada lafaz akad ta'liq yang sedemikian. Apa yang ada ialah jika si suami hilang tanpa khabar berita, isteri masih perlu merujuk kesnya ke pangadilan untuk tuntutan fasakh, tebus talak dan sebagainya. Tetapi mahkamah yang memutuskan tuntutan itu sah atau tidak.

Ketiga, jika ada perjanjian atau ta'liq yang dilafazkan oleh suami semasa dalam perkahwinan itu yang merujuk kepada terlerainya perkahwinan dengan sebab seperti yang berlaku ke atas puan...secara syaraknya tertalaklah puan. Bolehlah puan melangsungkan perkahwinan yang berikutnya selepas tamat 'iddah. Tetapi perlu diingat, di sudut undang-undang kes itu belum selesai.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada puan untuk menempuh cabaran ini.

So, hukum perkahwinan Ezany/Emran dgn Marissa plak.
Ada yg suh aku bukak kitab munakahat. Kitab Al-Quran ada kat umah, tp munakahat takde, jd aku google je. Jumpa ini - munakahat. Aku rasa mmg menjawab persoalan lah. Walau dia tak kata secara terang yg adik beradik tiri boleh kawen, tp dia da listkan wanita yg haram dikahwini.

Dan kat sini juga menjelaskan secara direct - baheis

Soalan :
Apakah hukumnya adik beradik tiri berkahwin?
senario 1 = Seorang wanita mempunyai anak lelaki telah berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai seorang anak perempuan. Setelah bersama, anak kepada wanita dan lelaki tersebut telah jatuh cinta dan ingin berkahwin.Adakah ini dibenarkan dari segi hukum Islam?.

Jawapan :
Perkahwinan seperti yang dinyatakan dibenarkan dalam Islam. kerana antara keduanya bukan adik beradik seibu sebapa atau adik beradik sebapa atau adik beradik seibu. .

Bagi aku, aku leh terima dgn penerangan2 yg aku jumpa ni. Tp mungkin yg lebih ariff boleh terangkan dgn lebey lanjut.

Hehe. Pjg giler seyh entry aku kali ini.

PnStoberi : Islam itu mudah tp jgn kita ambil mudah pula

~PnStoberi dan Baby Cute~

Comei tak??? Baby ini namanya Nurul Tasneem bt. Mohd Ridzwan. [eh. btul ke Nurul ah. Yg pasti mmg ada Tasneem namanya] Baby ini tak kesah pun dgn org2 yg ramai. Dia lagik suka org ramai mak dia kata. Geram aku nengoknya aih. Umo dia 8 bln rasanya. Tasneem yg cute ni anak opismet aku. Kawen tahun 2008, dpt anak tahun 2009.
Jadi apa kes org yg kawen 2008 tp smpai 2010 pun tak mengandung lagik nih. Huhu..nak jugekkkkk masukkan citer tu.

Ini gmbr masa kat umah Liana. Ada kenduri kesyukuran kat umah dia. Lalu kami pun pergi utk memenuhi jemputan. Last 2 week ni. 9hb Januari kalo tak silap.

PnStoberi : tumpang baby org je lah..huhu

17 January 2010

~PnStoberi dan xtvt ari Ahad~

Ari ni ari Ahad.
Ari Ahad adalah ari tidak bekerja.
Ari Ahad, nak kata ari best tu tak la sgt sbb terpikir esuknya kena keja kan.
Jadikan kita mulakan ari Ahad dgn pagi2 nyer.

Pagi2 nyer kami sudah berjoging. Tapi pada dasarnya tidak lah berjoging. Hanya jalan2 pusing2 seluruh TTwangsa sebanyak 2 round. Berpeluh tiak jugak lah. Kenapa tidak berjoging?. Sbbnya da turun smpai keta baru tgk kasut sport takde. Udah malas nak naik balik amik kasut dalam umah. Sudahnya pakai slipar je. Selambaaa....

Lepas tu da jalan2 napak pulak ini.


Belon panas lah.

Taktau la dia bagi public naik ke apa ke kan. Sbb aku napak mcm ada grup cina yg naik mendalah tu. Idak la tinggi mana pun dia naik. Pehtu kejap je.

Memacam da ada menda kat TTwangsa ni. Yg belon pening2 tu pun ada. Idak la aku tingin nak naik. Pening kan satu hal je. Ala, bola besau yg kita leh masuk then golek2 kan tu.

Ok, da abis xtvt pagi. Balik umah, bersihkan badan, berehat, bekpas, baca paper suma, pas zohor kita kuar balik.

Cdg nak gi Jusco, tp tingat kat Wangsa Walk. Tak penah lagi pegi situ. So, pegi situ lah. Round2 dlm tu. Bes jugak. Byk butik2. Nati kalo raya buleh la dtg sini. Byk juga baju cecantik dgn rega berpatutan jugak.

Kami pegi sini tanpa lunch. So, mau lunch di sini trus lah. Memula da masuk A n W. Ramai nyer org. Aku tau sbb apa ramai. Sbb dlm tu takde KFC dan Mekdi. Kalo ada 2 ni, kompem la restoran bear ni kurang pelanggannya. Tkpe, kita jalan2 dulu.

Seterusnya masuk kedai vcd. Ada beli satu vcd. Hik Hik. Cd apakah itu?? Tunggu nati aku buat entry khas yer. Aku takut nati hot hot chicken shit je aku nih. Beli CD bagai then pastu trus tak buat dah. Tp td da praktikkan. Bes woh..berpeluh jugak lah.

Oleh krn lapau giler lantas mcm da menggigil trus la masuk kedai Ayam Penyet. Lama da tingin nak rasa ayam penyet nih. [juga dari pembacaan ke blog2 org lain yg slalu citer pasal ayam penyet nih].


Owh, Baru perasan. Dkt kul 5 baru kami lunch rupanya.

Kami makan ayam penyet lah sbb itu yg nak dirasa. Pehtu sbg kuah amik gulai lemak pucuk ubi then amik juga tauhu tempe. [org sebelah yg baru smpai sebelah k'org dok pandang2 menu k'org pehtu bila menu dia smpai, aku tgk tak amik kuah, lorr..kesian tgk makan kering2 je.then da makan setgh baru dia mintak sup ayam ke apa tah..agaknya derang 1st time kut dtg situ].


Gmbr air ku sudah lupa mau snap. Tp air biasa je. Ingat kut nak terai la alpukat ke apa ke tu tah. Yg avocado tu kan. Tkde plak air tu. My dear minum ice lemon tea, aku amik strawberry snow apa tah [ala..dia pakai air yogurt stoberi tu je]

Secara keseluruhannya..sedap. Nasik aku abis [ini utk faizullah sbb nati dia ingat aku makan tak abis]. Lebih sedap sbb sambal tu pedas, Mmg sedap la utk tekak aku makanan pedas ni kan. Pulak tu service adalah cpt. Kurang 20minit da smpai makanan suma. Bagus. Aku mmg sker service cepat2 nih.
[hoho. aku buat hal lagik. Masuk satu kedai nih, nak beli wrapping paper, da amik 6 keping then bwk kat cashier. Tgk org kat cashier tu tgk terkedek2 balut adiah. Tkpe la. Kut dia panggil kwn dia ke apa ke. AKu jalan2 jap dlm kedai tu. Pehtu gi balik kat cashier tu. Da pegang2 wrapper aku. Leh cina tu wat donno je, trus je balut adiah. Ello..buleh tak ko tekan kejap mesin cashier tu dan amik RM6 yg aku nak bagi nih. Lembapsss..so, aku dgn selambanya tinggal je wrapper tu atas meja cashier tu dan trus kuar dr kedai. Ada aku kesah??? Spital pun aku leh buat, ini kan plak kedai2 picisan nih..tah pehapa tah..aku tgk mesin cashier tu ada 2..tp keja tak effective].

Dah pegi Wangsa Walk tu trus ke care4. Ada nak beli 2,3 barang. Lepas tu balik...

Dah tu je lah citer ari Ahad. Tggu ari Ahad next week plak apa citer nyer. Ada sesapa nak join aku joging, atau nak naik atas troli aku tolakkan ke kat TTwangsa tu. Yelah..bila aku mekik2 kat fesbuk nak kemas umah, ada je yg nak suh aku kemaskan umah derang, then bila aku masak, ada je la yg nak suh masakkan la, anta kan la. Meh la kita lawan berapa round bleh joging kat ttwangsa tu. Mau???

Dah la..entah apa2 je entry nih. Mencik aku aih.

PnStoberi : jgn jadi pemalas ok!

15 January 2010

~Citer facebook~

Mmg facebook ini adalah web rangkaian sosial paling popular masa ini lah.
Boleh katakan sebut saja facebook suma org tau tak kira tua muda kan.
Aku pun bukan la lama sgt jadi ahli facebook nih. Baru je register tawon 2008. Masa tu blum kawen lagik then after kawen baru la aktip dgn menempek2 gmbr kawen.
Tp cam aku buat pada friendster camtu la gak kat facebook yakni aku find friend or approve friend yg friend aku jelah. Tkde hal plak aku nak approve entah sapa2. Yg saja2 nak add aku as friend, tp sebenarnya bukan la friend sgt pun..sj je kan.
Ok, stop! Stop pnstoberi. Rasa mcm entry berulang je kang kalo citer lagik.

Pasal facebook ni kan, memula aku nak citer pasal ini.
surat arahan KP Mampu. Boleh klik link tu utk baca selanjutnya.
Tatau la opis aku akan bukak semula facebook ni dari disekat atau trus disekat.
Tp aku rasa kalo tak sekat pun ok jugak. Tp pemantauan tu kena maksima la. Kalo da napak clerk kita dok melahu kat facebook tu tegur2 la kan. Sekali pandang dia tgk facebook ok la lagi, tp pandang 10min kemudian masih di facebook, trus la tegur [ini aku citer sbb dulu opis aku tak block facebook ni, tp ada kes kerani yg asik bercucuk tanam kat facebook makanya trus la seopis tak buleh bukak facebook waktu opis. Mengong!].
Atau pun pegawai2 yg leka pun, buleh la pegawai atasan dia tegur direct. Takkan nak maki lak org yg tegur tu kan.

Ok itu satu, pehtu plak dalam paper mana tah kata facebook ni banyak menyumbang kepada masalah sosial. Emm..yg ini tak leh la nak ulas pepanjang idup ko lah nak sesuai kan macamana. Tkde facebook pun ada gak masalah sosial. Facebook ini mcm penyumbang tk langsung la kan.

Dan yg terbaru adalah kisah student yg ditangkap sbb komen yg mungkin dianggap bergurau dalam facebooknya. Nak baca kisah2 lanjut buleh klik sini. Porem cari. Hehe..aku slalu gak lepak2 baca isu semasa kat situ.

Moralnya kalo nak letak status ke komen status org ke berhati2 lah. Sbb kita tak tau penerimaan org macamana. Pulak tu tatau org lain tafsir cemna. Mungkin ko komen tu dalam nada bergurau atau memain, tp bila dah ter kena dgn isu semasa yg sensitif skang, komen ko tu leh jadi sesuatu yg serius. Buleh bawak ke muka pengadilan. Kan dah tak memasal namanya tu.

Sng citer mcm ngan kengkawan kita la. Nak kata tak usah terasa sgt pun tak buleh jugak. Kadang kita ni kena peka. Aku kadang tu mau je balas komen dgn kata2 yg memungkin buat org terasa. Tp aku pikir balik, tk payah lah..kang jd panjang citer. Tp kadang ada gak yg meng komen tanpa pikir perasaan org. Hemm..entah ek. Mungkin kita anggap gurau, tp yg membaca tu plak terasa ati ditambah kalo da nak period tu kan. Lagi la corak penafsiran tu lain macam kan. Tu la..kita kena peka la..peka..bukan pekak. Pekak tu kalo,tempeleng kan jer kasik buleh dengar balik [ganas mu nihhh]. Tp mcm aku penah citer dulu. Kalo aku mmg da tak suka da ngan komen2 org tu, aku disable je dia. Mmg selamat lah. Kelibat update, komen dan segala2 lah aku da tk napak dah. Tp nak buat balik aku da tak reti dah.

Entah la ek..takkan la cara penggunaan facebook ni pun nak kena keluar pekeliling tentang prosedur dia kan.

p/s: Target utk cafeworld aku da tersasar. Igt seminggu leh naik level 40. Tp semlm baru naik level 40, makna da 2 minggu lah. Dan sket je lagi utk mencapai 1juta cafe coins..suda 900++ ribu. Yey! lepas ni baru leh hias2 kan kafe ku. Nak besarkan lagi takyah la..kang lagi melembap jadi nyer.

PnStoberi : Sendiri mau ingat sudaaa...

~PnStoberi dan KMK~

What is KMK?
Kuat Makan Kuih?
Kumpulan Malas Kerja?
Tidak..tidak..tk baik yer ckp macam tu.

Yg nyata sila lah menganggap diri beruntung sekiranya di paksa rela jd ahli KMK.

Ok, sapa nak tau apa maksud KMK, buleh la google.
Atau masuk la sini. PEKELILING.
Boleh baca pekeliling tu mcm nak gi amik exam utk mengesahkan jawatan [sure ingat kan time tu bawak buku tebal2 tu..pehtu kelam kabut nak wat esei. Tp bes woh exam leh tgk buku. Masa tu kepala otak pun fresh lagik baru kuo U kan..jawab pun laju je. Cam makan kacang. Ewahh..berlagak tak hengattt...seb bek la sekali hadap lulus suma kan..ok..sila jgn riak.. org takde degree pun ada yg sekali hadap lulus tau. Plak tu siap smpai part 7, part 8 masa dip, sekali hadap jugak dia. Jadi org tu lebih berhak utk riak. Muahahahahha..adakah org yg dimaksudkan itu masih membaca blog puanstoberi ini??? ekekekkekek]

Benarnya, aku masuk course mendalah KMK ni la. 3 ari dari ari Rabu retu. Oleh kerana gomen2 skang ni sumanya ke arah penjimatan kan, so nyer kami course pun kat opis je lah. Tkpe lah..akur je lah.
Hari pertama sangap. Hari kedua tk berapa sangat. Hari ketiga tk sempat sangap sbb ari Jumaat kan. Masa adalah terhad jd tak terasa sgt.
Penceramah adalah dari INTAN.
Emm..ni la cons nyer kalo wat kat opis nih. Byk kusi kosong kan. Sbb ramai yg kena naik opis ada kerja yg patut dibereskan. Tp aku stay je 3 ari penuh. Ok gak per, walo aku rasa miserable je sbb bila naik je dari course napak meja aku yg penuh dgn fail. Ini namanya bukan fail meja. Tp fail di atas meja... waaaa!!!
Tp ok jer, dapat jugak ilmu baru. Ilmu cemana nak carik masalah, nak buat analisa masalah, pilih masalah, wat kaedah PDCA, rajah pareto lah, rajah tulang ikan lah.
Jadi, sudah tahu skang, leh la masuk konvensyen KMK yer kita. Hehe.

Oh ya, aku lum isi lagik ni borang keja nih. Nak mintak ke tak ah??? Sbb kali ni jawatan E41 dia da tulis keutamaan pada yg ada degree Chemist, Seramik, Tekstil ke apa tah. Emmmm....

PnStoberi : seronok menimba ilmu baru

14 January 2010

~Permata Yang Dinanti : Jamu Mak Dara~

Telah diketahui salah satu khasiat Jamu Mak Dara [JMD] ini adalah untuk menyuburkan rahim. Atau dalam bahasa mudahnya nak bagi senang mengandung lah kan.

Aku bukan nak promote ke apa ke JMD nih. Tp aku penah la makan gak JMD ni. Jangan tanya la hasil nya sbb aku ni adalah seorang budak [budak ker???] yg tak berdisplin dlm memakan ubat. Rasa dekat nak setahun aku beli, tp ada lagi tu ha. Tah pehapa kan. Ngabihkan duit jer tau.

Tp. aku rasa utk tahun ni aku nak amalkan secara konsisten selama utk 6 bulan. Kalo tak berkesan. Kita stop. Nak dptkan stok senang je sbb ada akak kat opis tu akak dia ada meniaga menda2 alah ubat2 camni nih. Siap dpt diskaun plak tu. Hehe.

Ok, ini ada soklan2 berkaitan JMD nih. Amik kat sini

SOALAN

Boleh kan saya mengamalkan Jamu Mak Dara jika berhasrat untuk mengandung.

JAWAPAN

Amat di galakkan kerana salah satu khasiat utama adalah menyuburkan rahim.
Ramai testimoni telah berjaya mengandung setelah mengamalkan Jamu Mak Dara.
Jika anda sedang merancang...sila amalkan satu kotak di peringkat awal.Jika belum berhasil sebaik nya amalkan sehingga 3 kotak. Sekiranya anda merasakan ada kelainan spt lambat datang haid ...harap berhenti makan jamu dan buat pemeriksaan air kencing utk memastikan samada anda mengandung atau tidak!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN

Selalu orang akan kaitkan jamu ini panas dan mengganggu proses utk mendapatkan zuriat. Benarkan begitu??

JAWAPAN


Mengamalkan jamu mak dara tidak mengganggu proses utk mendapatkan zuriat!!
Malah dia akan menambahkan kemutan di faraj dan menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri.Meningkatkan tahap keghairahan.


Dan utk pelbagai produk JMD yg lain masuk je web dia ni - JMD

Owh, aku mau masukkan komen kawan aku yg jauh nun di algeria sanun. Che Sue.

talk about jamu mak dara..aku pun beli weh..tpi tu aa jenis tak berdisplin..tengah jalan stop! kalo ingat, makan aa.. tapi based from testimoni kawan aku sendri, dia berjaya peknen weh..yg bestnyer, AKU YG SYORKAN JAMU MAK DARA tu..hhehehe..

Tkpe la Sue, da rezeki dia kan. JMD tu hanya membantu je. Tp udah kita ni jenis tak displin nak wat cemna kan. Okeh..azam baru..meh la kita mendisplinkan diri dgn memakan JMD. Hoho.


Comeynya dia makan stoberi eh. Meh sini meh. Jadi model blog auntie meh. Hehe.

PnStoberi : tk salah kita berusaha kan.

13 January 2010

~PnStoberi ke Paparich~

Ini kejadian ari Isnin lepas.
Tah cemna buleh plak ter pegi ke PapaRich ni.
Ramai kat blog org kata sedap makan di Paparich nih.
Jadi kita let's try lah.

[hoho. aku slalu tgk kat blog org je kat mana nak makan sedap nih. Retu sataystation pun aku guna testimoni org kat blog je. Bila tgk tpt mcm nice n makanan pun rasa buleh masuk kat tekak nih, buleh je nak cuba. Owhh..ini juga salah satu nikmat bila tinggal di Ibu Negara nih. Byk tpt makan yg besh.besh.].

Aku p ngan my dear n adik faizullah aku tu. Kami gi Paparich kat Bkt Bintang. Kedudukan kedai ni bertentangan dgn hotel federal kalo tk silap aku. K'org paking kat BB Plaza, then jalan kaki la sket. Kalo tak mmg seksa la nak carik paking. Silap2 leh trus smpai ke Puduraya kang [kalo dpn sket da smpai simpang nak ke puduraya..susah nak u-turn balik tu]

Mereka kata cendol di Papa Kaya ni besh. Jadi kita let's try.


Mmg la besh. Papa cendol namanya. Rm5.50 kalo tak silap aku.
Something differ from cendol mamak tu.
Ini style nyonya cendol nih. Lemak manis dia mmg rasa lain. Tidak terlalu manis. Mmg just nice je. Tsskk..
Memula tgk mcm kosong je kan. Tu..bia dia turun skit gunung ice tu. Ha..akan jumpa ini.

Kat dalam tu ada jagung [my fav. of coz], ada lengkung n kacang merah. Aku tak sker kacang merah tp dlm cendol tu kacang merah tu telah ditumbuk dihancurkan. Jadi bila makan tu..manis lemak je rasa diadun pula dgn ice dan santan lemak2 manis tu. Sedapppnya wess..bila nak makan lagik nih..

Ini plak choc-ice my dear n cincau eh..longan milk faizullah. Longan milk tu faizullah kata bes sbb mild je rasa dia. Tp aku adalah tidak berkenan plak dgn rasa dia. Mungkin sbb aku tak menggemari susu. Tp choc ice tu mmg la terbaekkk dari ladang. Setapppp.. aku kejap2 asik "pau" je dari my dear. hoho.

So, kita let's try makanan dia plak.


Ini adalah mee udang. Ok lah rasa dia. Sama je mcm mee udang kat kopitiam yg lelain. Tp Kari Laksa dia mmg terbaekkkk dari ladang. Itu my dear yg makan. Cam biasa la aku cilok2 la dari dia. Nama je kari laksa tapi dia pakai mee gak. Aku tak suka mee kari, tp bila rasa kari laksa ini, mmg aku nak order lah kalo lain kali aku pi. Aku rasa kari laksa ni mmg specialization lah kat Papa Kaya nih. Sbb dlm menu tu gmbr kari laksa ni besau. Lelain kecik je. Tp aku tk amik gmbr kari laksa my dear tu. Maleh aku nak angkat2 mangkuk yg beso tuh.

Faizullah lak makan ini. Hoho. Hazab dia dgr aku membebel sbb dia makan menda2 yg biasa dpt kat kedai lain gak. Pulak tu antara makanan k'org, makanan dia paling mahal. Aku kata kalo ko beli kat kedai2 western area kg baru tu, then amik nasik goreng cina..tk smpai 15hinggit pun. Hoho.

Keseluruhannya adalah berpuas ati lah. Tp cam biasa la aku. Tk abis pun mee udang tuh. Lenkali aku kena mintak kiddy meal gamaknya. Hehehehehe..

Pnstoberi : amat gemarkan cendol plak lately nih. Ngeee

~Pnstoberi dan Balqis~


Sapa yg layan citer ini???
cepat angkat tangannnn...

Hik hik hik..aku tau ramai yg layan ini cerita [tp aku tatau la pembaca2 kesayangan aku ni layan ke tak citer "lemau" camni nih..hehe].
Pasal citer ni gak aku slalu mekak2 kat status fesbuk aku tu samada aku sempat balik tgk citer ni ke tak [pulak tu bos aku lately ni suka beno wat meting time2 nak balik. Kalo kejap tk ngapa la gak..kadang drag smpai kul 7pm tuh....]

Cinta Balqis

Sila lah kutuk pnstoberi yg selama ini mmg tak suka tgk citer pompuan yg asik nangess..tp kali ini puanstoberi ini sudah mengikuti citer sejak dari awal. Hua Hua Hua.. mmg rasa nak ketok je pala sendiri nih..camna leh terjebak ni. Haishhh..

Tp kan..si Balqis ini tidak lah menangis kerana menunjukkan dia lemah ke hipokrit ke mcm Nur tu, tp ini sbb dia tak mampu nak berbuat apa2. Dah begitu keadaannya. Dulu dia asik nangis sbb dia laki dia da mati, lps tu asik nangis sbb jumpa org yg mcm laki dia [erkk..apsal la dia tk tnya background laki tu kat Mar tu yer..mengong!], skang ni asik nangis sbb yg srupa muka laki dia tu adalah laki dia..alahhhh...

Sian kat Hasan. Ada ke org laki yg sebaik dan semurni Hasan tu eh? Dan adakah isteri yg tak syak apa2 hingga suruh pompuan lain panggilkan laki dia kat bilik tidur dia. Saja kan..nak pjg kan cerita.

Eh. AKu ni sedang menonton citer ini nih.

DAh nak abis kan citer ni. Esuk ke Isnin ke tah abis.. So, pada kengkawan yg mem follow up citer ini, mari kita teka dia kawen ke tak ngan Hasan? Hehe.
Pnstoberi rasa mcm dia kawen je ngan Hasan. Tapi eh..cemna lak Ezany/Emran tu. Mar cemana lak?? Entah..harap2 dpt tgk la episod akhir nati. Kalo tak, penat je aku tgk dari awal. Haishhhhh..


Lirik Lagu Tema Drama Cinta Balqis : Lagu Istana Cinta - Eira Syazira

Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku

Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui

Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti

Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu

{credit : http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/12/lirik-istana-cinta-eira-syazira-ost.html }

Pnstoberi : rasa simpati kat Hasan..huhu

10 January 2010

~PnStoberi dan berita minggu ini~

Rasanya 1 negara dah tau berkenaan berita paling menjadi topik perbualan mggu ini.
Dalam tempoh seminggu kita dikejutkan dengan berita yg selalu kita tonton pada movie luar negara. Macam tk percaya, namun itulah hakikatnya.

Berita paling tragis dan sadis yg pertama adalah ini.

Pembunuhan paling ngeri

TAMPIN 6 Jan. - "Sampai sekarang saya masih tidak dapat bayangkan bagaimana penderitaan mereka yang dibunuh dengan kejam," demikian kata Zaharah Atan sambil menyifatkan tragedi pembunuhan itu paling ngeri.

Zaharah, 59, merupakan isteri kepada Ismail, 76, yang dibunuh bersama ibu bapa Zaharah iaitu Sufiah Keatas, 80 dan Atan Daud, 90 di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, semalam.

Turut dibunuh ialah anak Zaharah, Siti Khadijah Ismail, 22, pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Port Dickson.

Bacaan lanjut : Utusan Online

Berita kedua ni tak lah menggemparkan sgt tp bagi aku mcm berkait jugak dgn berita kat atas ni.

Isteri parah bakar diri

Oleh RIADZ RADZI, ZULFA MOHAMAD dan MOHAMAD DANIAL MOHD SAAD
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: “Dalam keadaan badannya terbakar, saya nampak dia berlari sambil meraung kesakitan sebelum rebah,” kata Marzuki Jamaludin, 39, suami kepada Rosiana Rosli, 36, yang parah selepas membakar dirinya di depan rumah ibunya di Kampung Sungai Buaya, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, Rosiana melecur dari bahagian pinggang hingga kepala selepas bertindak nekad mencurah badannya dengan petrol sebelum membakar dirinya menggunakan api lilin.

Marzuki ketika ditemui, berkata beberapa jiran turut membantu memadamkan api pada badan isterinya itu sebelum dia rebah sambil meraung kesakitan.

“Dia merintih kesakitan dan saya memapahnya sehingga cebisan kulitnya turut terlekat pada seluar dan baju saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Bacaan lanjut : myMetro

Kalo dipikirkan secara logik, menda2 macam ni tak patut dan tak akan terjadi. Bagi berita pertama tu, mangsa dipercayai dibunuh oleh ahli keluarga sendiri. Macamana dia tergamak bunuh semua2 tu dengan cara yg kejam dan kemudian boleh plak bawak kepala ayah dia ke hulu ke hilir. Wallahuallam. Hanya Allah sahaja la yg tahu.
[u know what, aku adalah terbayang org yg duk sblh dia-kalo ada la kan- masa dlm bas ke komuter ke, masa dia bawak kepala tu cemna la keadaannya. Adakah napak kepala tu sebijik2, atau napak bungkusan yg pelik..iskk..aku ni asik terpikir itu jer. Ngok ngek sungguh lah]
Memula aku pun pikir mungkin suspek tu "tak sihat akal" ke, tp dari cerita2 yg dibaca macam napak dia adalah normal. Tp taktau lah. Biarlah pihak yg berkenaan yg mengendalikannya.

Bagi kes kedua pulak. Pun tk sgka jugak seorg ibu yg kecewa sgt ngan anak dia smpai amik tindakan nak membakar diri. Hai..mmg la ada perumpaan ibu ibarat sebatang lilin yg membakar diri [eh..bkn ini perumpaan utk guru ke..ah, kira boleh je lah yer], tp smpai nak membakar diri ko bebtul apa kes pulak. Hai la hai..anak tu pun kan pi mana, gi umah nenek dia je. Nenek tu plak duk dekat je ngan umah dia. Pelik tp benar. [memula aku dgr berita tu aku ingat India, hehe. Kan slalu citer tamil tu, derang ni suka bakar2, hantuk2 pala kat dinding,duduk tgh jalan ketapi. Hehe]

Cuma secara peribadi aku adalah berpendapat; di ulangi yer, ini adalah pendapat peribadi aku. Tk tertakluk kepada mana2 pendapat lain, kalo ada yg sama tu sama la. Ni just my opinion lah. Dari kedua2 kes ini aku rasa yg benarnya adalah tekanan perasaan, atau mungkin juga depression. Nak kata tak kuat iman tu aku tak berani nak hurai la sbb macam kes bunuh tu suspek dikatakan solat Subuh berjemaah dgn keluarga dia pagi hari kejadian tu. Tp tugas syaitan adalah menyesatkan manusia kan. Nak kata imam ke sapa pun ttp akan ada diganggu oleh syaitan nih.
Suspek bagi kes bunuh tu da berumur 34 thn dan ditimpa pelbagai ujian dlm hidup dia. Putus tunang lah, berenti kerja la, walhal dia jugak penah belajar kat IPTA. Mungkin dia pikir, org lain dah berjaya kemana2, dh stabil life nyer, sdgkan dia masih lagi tercari2, baru nak bertatih bina hidup. Memendam2 rasa akhirnya da tak tahan itu lah yg terjadi.

Utk yg bakar diri plak, dlm Metro tu kata family ni tergolong dlm family yg susah. Pulak tu kalo diikut umur mangsa yg bakar diri tu ngan anak sulung yg umo 17thn, dia ni kawen dalam umo belasan tahun jugak lah. Tk sempat nak berenjoy2. Mungkin tgk kawan2 senang lenang, ada anak rajin gi sekolah, tk membantah, kena kat dia camtu plak. Lagipun, bkn senang nak berhadapan dgn bebudak yg sedang meningkat remaja ni. Anak buah aku yg form 4 tu mmg kerap la aku tgk "bertekak" ngan mak dia. Tk kata dia, aku dulu pun mmg slalu je bertekak ngan mak aku. Ada je kita tak sependapat.
Jadi bila dah memacam masuk dlm pikiran dia, ha..jln penyudahnya itu lah. Bakar diri. Tp kan lagi mendatangkan masalah. Udah satu hal plak la anak dia ke mak dia ke nak jaga dia. Duit ubat lagi. Nak gi klinik lagi. Adeyyyy...

Tp tulah, kadang aku sendiri rasa diri aku tak sebertuah org lain. Org lain kawen je trus dpt anak. Pastu pulak kawen pun awal je. Abis U trus dpt keja, trus kawen. Dpt lak asben yg byk duit, mintak je dpt. Mudah je aku tgk life derang. Gembira, ceria takde masalah. Keja pun bebagus, senang naik pangkat, gaji ribu2, dah beli umah dah beli keta beso.. tp aku tahap2 gini je.

Cumanya, aku slalu kena muhasabah [ke musabahah?..tp tak mungkin munasabah..hehe]. Kalo aku rasa diri aku tak bertuah ada lagi org tak bertuah. Ini kira ok la, dpt mem blog ngan aman, dpt main facebook, dpt masak kat cafe world. Hehe. Udah.udah. kang bukan2 je citer lain naik kang.

Dah la. Nak merehatkan minda..nati depress plak. Ekekekkeke.

PnStoberi : menghargai kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT.

9 January 2010

~Permata Yang Dinanti : Asid Folic~

Taip shj asid folic dalam google, kita pasti berjumpa berbagai web yang menerangkan kepentingan asid folic. Tp rata2 ianya berkaitan rapat dgn pregnancy. Walau pun begitu, asid folic ni pun penting dlm badan kita ni tak kira mengandung atau tidak. Asid folic yg mencukupi penting dalam badan kita agar dapat mengurangkan penyakit kanser [kanser ovari,perut], stroke, penyakit jantung dan byk lagi lah. Semua ni boleh dibaca secara ringkas ttpi padat di http://en.wikipedia.org/wiki/Folic_acid.



Okeh, skang ni aku tumpukan kepentingan asid folic yang berkaitan dengan pregnancy. Ini aku ambil dari sini ---> http://portal.alamhamil.com/

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.



Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.



Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.



Jadinya, secara peribadi aku berpendapat asid folic sebenarnya bukan lah sesuatu ubat yg "mempercepatkan" kehamilan. Ia sebenarnya makanan tambahan sekiranya kita ingin mengandung sbb asid folic yang mencukupi membawa kepada pertumbuhan bayi yang lebih baik. Itu sbbnya kena makan asid folic ni. Manalah tau, takut2 kita ni tak cukup ambil asid folic dalam pemakanan seharian kita kan.



Asid folic dalam bentuk pil mmg mudah didapati di farmasi2 macam Watson, Guardian tu. Aku dulu memula beli kat kaunter dia. 50 bijik 5inggit ke 3 inggit tah. Tk ingat pulak. Then da abis, aku beli pulak jenama Hovid yg 5mg punya. Yg ini sekotak ada 100bijik-RM6.00. Kiranya mmg da setahun la aku telan asid folic nih [which aku ckp pada bdk seopis aku - da bersarang asid folic dlm prut aku ni, tak mengandung2 jugekkkk].



Tpnya aku ni mmg lah jenis sker beli ubat, vitamin bagai tp tak displin dlm memakannya. Aku rasa nak telan..aku telan..kdg lupa langsung tak telan. Padahal ubat tu halus je. Beso ubat muntah tu je..tu pun kecik lagik. Nasib baik juga ubat ni murah. [eh..kalo jenama Appeton ke apa ke tah..mahai jugak].



Jd tahun ni aku rasa aku nak dptkan asid folic secara natural lah. Amik dlm makanan je kan. Jd google lagik. Memacam jenis makanan lah yg ada asid folic ni.

Jumpa kat web ini : http://www.kznhealth.gov.za/nutrition/food6.htm. Dia dah kategori ikut jenis makanan. Jadi boleh lebihkan makanan2 ni dalam masakan kita sehari2



  • Meat
liver (best source)

chicken giblets

kidney

egg yolk



  • Legumes
dried beans

lentils

spilt peas (dhals)

soya products

almonds

nuts



  • Starches
wholegrain breads

wheat flour

potato

sweet potato



  • Fruit and Vegetables
spinach

beetroot

brussel sprouts

broccoli

cabbage

asparagus

banana

oranges

peaches



Important Guidelines :



* Include more foods that are high in Folic Acid in the diet

* Fruit and vegetables should be eaten raw whenever possible as cooking destroys Folic Acid

* Avoid alcohol in the diet as it leads to Folic Acid deciciency

* Pregnant women have higher requirements for Folic Acid and should take Folic Acid supplements as advised by the doctor/dietician/nurse.

* Increase the use of wheat flour and soya flour in baking and food preparation



Untuk aku sendiri, aku akan teruskan lah makan asid folic ni walau aku rasa mcm da bersarang je mendalah ni dlm prut aku. Tak utk keperluan baby pun utk diri sendiri pun ok juga kan. In case diizinkan Allah utk aku mengandung nati, aku da berikan baby aku nati asid folic yg mencukupi untuk tumbesaran dia agar dia comel dan sihat mcm baby ini...





copy from here.. byk gmbr baby yg comel2 kat blog tu. Sila la klik..mmg meleleh air liur tgk baby yg amat la cute mute..



PnStoberi : berusaha dan trus berdoa

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign